![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnZ3xK3gLoTsYCEjNRMmoUB7YR9E7XEnaqfKsf8zLz-zZQnf3ajHkifBNGnzLMXf7iC7ifFA7t0sdnUfeTOBQ19Fdo0FXHIvZI1aWS7TPCvdzT9U8ARpk1l-2mwf79ptNGgGTTKQNA12w/s400/solat.jpg)
Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang rtinya : Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam Lailatul Qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
- Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai Lailatul Qadar yang ertinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram) - Hadis riwayat Imam Muslim dalam kitab Puasa -
- Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang ertinya : Sesungguhnya tanda-tanda Lailatul Qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga Subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat Imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
- Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam Lailatul Qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya (suram).
- Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya : Malam Lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
- Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
- Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
- Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
0 comments:
Post a Comment