Friday, February 20, 2009

.....JAMBU BATU......




KHASIAT BUAH JAMBU

TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?

Tak tau??? Tu la…. Lain kali kena tau… baru tau…

Buah jambu batu juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Dengar tu… So… makan jer la…. Tu pun susah ke..

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof menggalakkan kita supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Menurut beliau lagi, sebaik-baiknya buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi. Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. (Kenyataan ini ditujukan khas untuk yang berkenaan terutamanya mereka yang BMI melebihi 23)

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

Kesimpulannya, marilah kita semua support perniagaan yang sedang diusahakan oleh Asrul & Adiknya. .


p/s: Warkah ini ditujukan kepada seluruh warga Rumah18 dan kroni-kroninya, jiran tetangga, alumni rumah18, aweks2 rumah depan, Ogy and da geng, warga seksyen 3 tambahan dan seluruh warga Bangi….



Wednesday, February 4, 2009

Penyangak Kasut.....

Berita Terkini......

Pada 2/2/08 (Hari Isnin) yang lepas, berlaku kecurian kasut di rumah 18. Dianggarkan lebih 5 pasang kasut yang dicuri..... Pemilik kasut yang terlibat ialah Mel, Gashi, Mahzan dan Fathi... Kejadian disedari pada waktu petang.

Pesanan kepada pencuri : Seluruh warga rumah18 telah berikrar sekiranya untuk membelasah dan mencincang daging anda(pencurik tu la). Kasut tu bukan anda yang punya. Apatah lagi Man Belon yang punya tapi kami yang punya.
Apa dia....... I,m sorry.... Maap la wahai penyangak. Kami takkan sekali-kali memaapkan anda walaupun anda kenal sama itu Amir Finalis Raja Lawak tu. Sekiranya kami tahu dan jumpa anda, maka bersiaplah menonton filem "MAUT".

Kepada warga rumah18, semoga lebih tabah dan sabar untuk mengharungi hari-hari mendatang... Lebih banyak dugaan yang bakal menanti kita nun di depan sana....


- Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman..... apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).

Monday, February 2, 2009

Berita Baik Punyer....... (Khas Untuk Mereka Yang Suka Bangun Lambat Hujung Minggu)

Email daripada Abang Azmi(Jiran@rumah depan).......


Salam,

1. Di bawah ini adalah perubahan untuk aktiviti gotong royong selepas kaum ibu bermesyuarat pada hari Khamis malam Jumaat lepas:


Tarikh : 8 Februari 2009
Hari : Ahad
Masa : 8:30 am
Tempat berkumpul : Depan rumah Azmi


2. Atur cara aktiviti:

8:30 am : Berkumpul
9:00 am : Gotong Royong Bermula
12:00 tgh. : Gotong Royong Selesai
12:30 pm : Makan
2:00 pm : Berehat
5:15 pm : Treasure Hunt / Games
7:30 pm : Solat Maghrib Berjamaah
( Ruman Azmi )
8:15 pm : Makan Malam, Aktiviti Ringkas & Penyampaian Hadiah
11:00 pm : Bersurai

3. Jadual penyediaan makanan untuk gotong royong.

4. Jadual penyediaan makanan untuk makan malam.

5. Peralatan makanan di sediakan oleh Helmi.

6. PA System di sediakan oleh Johar / Zura.

7. Hadiah Treasure Hunt.

8. Setiap satu keluarga hendaklah menyediakan hadiah yang bernilai RM 25 untuk ditukar ganti ( Selain dari makanan ).

9. Lain-lain sumbangan adalah dialu-alukan.

Segala kemusykilan atau sebarang cadangan lain bolehlah menghubungi Pn. Dura / Hamidah.

Wassalam.





Email terdahulu....
__________________

Salam,

Apa khabar semua? lama tak berkumpul bersama. Minggu lepas iaitu pada hari Jumaat ada perjumpaan tak resmi di antara kaum ibu dan bapa, mereka ada mengesyorkan untuk mengadakan aktiviti gotong royong pertama untuk tahun ini seperti di bawah:


Tarikh : 7 Februari 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8:30 am
Tempat berkumpul : Depan rumah Azmi


Atur cara aktiviti:

8:30 am : Berkumpul
9:00 am : Gotong royong bermula
12:00 tgh. : Gotong royong selesai
12:30 pm : Makan tengahari dan membincangkan isu-isu semasa.



* Minta jasa baik kaum ibu untuk membincangkan apakah menu makanan yang sesuai untuk makan tengahari dan tempat di mana akan di hidangkan.
* Untuk acara gotong royong diminta semua membawa peralatan masing-masing.
* Disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk meingatkan kembali kepada sesiapa lagi yang masih belum menjelaskan sumbangan " Gate " supaya dapat menjelaskannya seberapa segera. Ini kerana tarikh akhir sudah lama berlalu dan tempahan " Gate " masih tidak dapat di buat disebabkan kekurangan duit sumbangan. Penduduk Jalan 3/40 pun ada bertanyakan kepada saya bila " Gate " akan dipasang.


P/S: Segala mail sila alamatkan ke azmi.miskam@my.alps.com.


Wassalam.

Tambahan sikit........

Insan yang diwajipkan pergi ialah :-
mahzan
gashi
amat
mel
asrul
syafiq
fathi
helmi@adik asrul
padil(x-housemate)

dah.... takde lagi... abis dah...

-TOLONG MENOLONG AMALAN MULIA-
-BADAN SIHAT OTAK CERGAS-
(",)