Tuesday, November 25, 2008

Meratap Pemergianmu

Oleh Karom Sing Walia

Berita Terkini:

Bandar Baru Bangi, Isnin, 24 November 2008 : Walaupun pedih, itulah hakikatnya. Begitulah yang terpaksa dilalui oleh seluruh warga rumah 18.

Hari Isnin, 24 November 2008 membuka tirai pagi dengan kejadian yang tidak diingini. Rumah18 dimasuki pencuri kira-kira pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika kejadian semua warga rumah18 telah pergi menjalankan tugas masing2 kecuali En. Fathi yang mana pada kebiasaannya agak lewat ke tempat kerja. Dr. Mahzan dikatakan telah keluar rumah sekitar pukul 10 pagi dan pada masa itu, En. Fathi masih lagi dibuai mimpi ngeri.

Mana tidaknya, sebaik saja sedar dari lamunan En. Fathi merasakan sesuatu yg aneh. Setelah diteliti, barulah En. Fathi sedar dan akur bahawasanya rumah18 telah dilawati oleh pencuri. Setelah menghubungi serta memaklumkan rakan2, maka dengan semangat waja, En. Fathi menaiki proton waja bersama2 Tn. Fadhil untuk membuat laporan polis.

Beginilah rupa penyamun2 itu :

Animated, Animations


Di antara barang2 yg hilang ialah : PS2. laptop, kamera digital, hphone and duit tunai. Kerugian dianggarkan sekitar 2 atau 3 posen je (murah je kan).....

Maka dengan itu, seluruh warga malaysia khususnya warga Rumah18 diajak supaya berkabung sambil menikmati lagu Samson - Kenangan Terindah.

-Sampah punyer pencurik........ nak curik pegi la tong sampah... menyampah aku camni -




but.......




Saturday, November 8, 2008

Ayat-ayat Cinta




Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata. Kita sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Apabila kita sudah memiliki sebuah cinta kita mungkin terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan disirami dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti penawar yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…


KiTa HaNYa MeRaNCaNG......

TaPi TuHaN YaNG MeNeNTuKaN......