Thursday, July 31, 2008

Diari 31Julai 2008

Diari Rumah18.........
31 Julai 2008
10:30 malam

Tadi kitorang baru je makan ayam masak cili api.... ketua cef hari ni ialah En. Asrul. Assistant plak aku n En. Capik... Aku ngan Capik ada la tolong sikit masak sotong goreng n masak nasi(aku la tu...haha). Papa@En. Padil macam biasa la... tolong pantau n tolong rasa...... En. Fathi pun tak kurang hebatnya... join Papa melaksanakan tugasnya.... En. Mahzan tengah jadik cikgu kumon... katanya nak balik makan kat rumah malam ni.. En. Mel plak kuar... g dating agaknya... Mama plak masih balik kampung lagi... tolong family nak kenduri kahwin....
tup tup... masa pun berlalu.. aku kekenyangan. ngadap laptop n story our diari... Esok hari jumaat... hari kegembiraan bagi semua warga rumah... Semoga Allah S.W.T. merahmati seluruh warga rumah18 ni.... kuatkan iman tabahkan hati menempuhi liku2 hidup ini.... cayyok2...

Tuesday, July 22, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah


akhirnya rumah no 18, jalan 3/39 seksyen 3 tambahan bandar baru bangi selangor telah berjaya melahirkan blog ciptaan sendiri. blog ini sebagai satu medium untuk kami meluahkan ekpresi diri kami semua. selepas ini kita akan mengenali lebih lanjut penghuni dan pemastautin rumah yang seperti syurga ni. agak hebat la rumah kami ini kerana didiami oleh kami yang memang 'HOT' ni. kepada rumah-rumah lain jangan jadi jeles dengan rumah kami ini. segala aktiviti rumah ini akan kami post kan untuk tatapan umum bukan untuk membangga diri tetapi untuk menjadikan contoh sebuah persahabatan yang harmoni yang tercipta daripada kepercayaan antara sahabat-sahabat semasa kami belajar dahulu. bermula lah kisah kami semua berlapan (setakat ni la maybe akan bertambah).