Tuesday, November 25, 2008

Meratap Pemergianmu

Oleh Karom Sing Walia

Berita Terkini:

Bandar Baru Bangi, Isnin, 24 November 2008 : Walaupun pedih, itulah hakikatnya. Begitulah yang terpaksa dilalui oleh seluruh warga rumah 18.

Hari Isnin, 24 November 2008 membuka tirai pagi dengan kejadian yang tidak diingini. Rumah18 dimasuki pencuri kira-kira pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika kejadian semua warga rumah18 telah pergi menjalankan tugas masing2 kecuali En. Fathi yang mana pada kebiasaannya agak lewat ke tempat kerja. Dr. Mahzan dikatakan telah keluar rumah sekitar pukul 10 pagi dan pada masa itu, En. Fathi masih lagi dibuai mimpi ngeri.

Mana tidaknya, sebaik saja sedar dari lamunan En. Fathi merasakan sesuatu yg aneh. Setelah diteliti, barulah En. Fathi sedar dan akur bahawasanya rumah18 telah dilawati oleh pencuri. Setelah menghubungi serta memaklumkan rakan2, maka dengan semangat waja, En. Fathi menaiki proton waja bersama2 Tn. Fadhil untuk membuat laporan polis.

Beginilah rupa penyamun2 itu :

Animated, Animations


Di antara barang2 yg hilang ialah : PS2. laptop, kamera digital, hphone and duit tunai. Kerugian dianggarkan sekitar 2 atau 3 posen je (murah je kan).....

Maka dengan itu, seluruh warga malaysia khususnya warga Rumah18 diajak supaya berkabung sambil menikmati lagu Samson - Kenangan Terindah.

-Sampah punyer pencurik........ nak curik pegi la tong sampah... menyampah aku camni -




but.......




2 comments:

rumahno5 said...

-pencuri sampah masyarakat-

Anonymous said...

hidup ni penuh dengan dugaan dan cabaran
hadapilah dengan kesabaran dan kesyukuran

Post a Comment