Friday, February 20, 2009

.....JAMBU BATU......




KHASIAT BUAH JAMBU

TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?

Tak tau??? Tu la…. Lain kali kena tau… baru tau…

Buah jambu batu juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Dengar tu… So… makan jer la…. Tu pun susah ke..

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof menggalakkan kita supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Menurut beliau lagi, sebaik-baiknya buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi. Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. (Kenyataan ini ditujukan khas untuk yang berkenaan terutamanya mereka yang BMI melebihi 23)

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

Kesimpulannya, marilah kita semua support perniagaan yang sedang diusahakan oleh Asrul & Adiknya. .


p/s: Warkah ini ditujukan kepada seluruh warga Rumah18 dan kroni-kroninya, jiran tetangga, alumni rumah18, aweks2 rumah depan, Ogy and da geng, warga seksyen 3 tambahan dan seluruh warga Bangi….



1 comments:

Anonymous said...

aku tak tau la sape yg tulis artikel ini.....tapi aku mengucapkan ribuan terime kasih di atas sokongan para rakan2 taulan sekalian.....dengan adanya sokongan2 seperti ini akan mengalakkan lagi motivasi diri aku sebagai pengusaha perniagaan jambu untuk terus maju dan berdaya saing untuk mencapai taraf yang membanggakan. Oleh itu aku akan support jambu percuma kepada penulis artikel ini selama mana dia mampu....supaya testimoninya terbukti berkesan....dan sekali gus membolehkan aku mengambilnya sebagai maskot jambu batu aku....sekali lagi jutaan terima kaseh diucapkan tidak terhingga tingginya kelanggit ketujuh Azharina....(Ucapan daripada Pengerusi Executive Jambu batu Pak Cu cawangan Bangi)

Post a Comment