Thursday, March 19, 2009

Dialog Untuk Tatapan Warga Rumah18




Anyway.... tahniah (mungkin agak terlambat sedikit) kepada Asrul kerana telah BERJAYA melangsungkan majlis pertunangannya sebelum Maulidur Rasul yang lepas.
Nampaknya Asrul tidak perlu memikirkan apatah lagi menghayati dialog di bawah ini..
So untuk warga rumah18 yang lain serta sesiapa saja pembaca blog ini, diharap mendapat pengajaran yang bermanfaat.... Sama-sama kita renungkan..




Zaman Masa Kini

Emak kepada Minah :
"Yerlah.... anak saya blajar lulus universiti.. .. tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut. ... selalunya yang belajar
tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompuan saya.... harap harap paham jerlah~"

Emak kepada Amat :
"Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer.... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."

Emak kepada Minah :
"Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu...... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."

Amat :
"Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik..... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"




Sesungguhnya zaman dah berubah, tiada lagi manusia kenal erti ijab kabul, yg dipraktikkan adalah martabat, pangkat dan darjat.
Benar walaupun disekolahkan hingga menjadi seseorang yg berjaya, namun mereka lupa akan amanah yg dijanjikan sblm dikurniakan anak itu.
Subhanallah.





p/s : Watak di atas tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati.
Kalau ada sesiapa (termasuklah warga rumah18) yang ingin mengaplikasikan penggunaan dialog di atas, pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kejadian susulan yang akan berlaku termasuklah kecederaan, kehilangan nyawa, kehilangan bakal tunang, rusuhan, dan yang sewaktu dengannya.
Dengan erti kata lain janganlah berharap anda akan menyaman pihak kami semata-mata untuk mendapatkan duit hantaran anda itu.
Tetapi sebaliknya, berusahalah sendiri.


YANG PERLU ANDA TAHU????

* Kalau pasangan anda tu DEMAND dan anda SANGGUP, mulalah berusaha dari sekarang.

* Kalau pasangan anda tu DEMAND dan anda TIDAK SANGGUP, cari je la yang lain (sedar akan diri sendiri)

* Kalau pasangan anda tu TIDAK berapa DEMAND sangat dan anda SANGGUP, TAHNIAH diucapkan.

* Kalau pasangan anda tu TIDAK berapa DEMAND sangat dan anda TIDAK SANGGUP, apa kejadahnya. sakit mental ke???
Takkan nak memanjang buat maksiat jer... Ingat sikit.
Rumah kata pergi masjid kata mari. So dirikanlah masjid cepat-cepat yer.
I'm sorry........

-CEGAH MAKSIAT sebelum terliwat,
TAMBAH BERKAT sebelum terlewat-

2 comments:

Anonymous said...

"Yang Halal Jangan Disusahkan..Yang Haram Jangan Disenangkan"

Sudah menjadi adat orang melayu beragama ISLAM pada masa ini lebih menitikberatkan soal harga hantaran sebuah perkahwinan. Perlu diingatkan bahawa hantaran untuk sesebuah perkahwinan itu adalah tidak wajib berbanding Mas Kawin yang sememangnya telah diwajibkan dalam ISLAM. Hantaran itu adalah sebagai tanda perhargaan pihak pengantin lelaki terhadap pengantin perempuan. Dewasa ini, kita sering memerhatikan gelagat orang melayu yang lebih mementingkan harga sebuah hantaran seolah-olah mahu berlumba-lumba meletakkan harga. Kononnya jikalau tinggi nilai hantarannya maka tinggilah nilai harga dirinya. Jika perempuan itu memiliki tahap pendidikan yang lebih tinggi maka nilainya boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Matlamat perkahwinan haruslah ikhlas kerana Allah. Janganlah kita merasa bangga diri kerana dapat meletakkan harga hantaran yang tinggi kononnya lebih tinggi daripada orang lain. Sikap kita itu telah menonjolkan riak di dalam diri. Ingatlah bahawa sikap riak itu sangat dibenci oleh Allah Rabbul A'lamin.


Kepada yang mahu merancang untuk kahwin, tahniah kepada anda kerana telah mahu melaksanakan Sunnah Rasullullah tetapi biarlah perkahwinan itu jauh dari segala unsur kemaksiatan dan pembaziran semoga perkahwinan itu diberkati Allah.


Dari Insan Marhain

fadhilismail said...

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.
Wallahualam...

Post a Comment