Sunday, September 21, 2008

Jom Shopping Raya!

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal. Bulan kemenangan umat Islam selepas berjaya berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Sejauh mana kita ‘berjaya’ terpulang kepada diri masing-masing kerana ia hanya di antara kita dan Tuhan. Berat di lidah untuk mengatakan saya mengakui bahawa tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, tahun ini merupakan tahun yang paling kurang saya melaksanakan solat terawih (sebenarnya mcm lebih kurang tahun lepas je). Tambahan pula saya perlu menunaikan permintaan kawan-kawan saya yang menjemput saya berbuka puasa di restoran itu ini dan ada pula di rumah sewa masing-masing. Jadi ini menyebabkan masa saya untuk bersiap ke solat terawih terganggu dan saya mengambil keputusan untuk tidak pergi (salah org lain la ni).

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sebagai seorang pelajar yang banyak masa lapang dan sedikit sebanyak duit JPA dan FaMa, tahun ini masa untuk pergi ‘shopping’ bersama teman tapi mesra dan kawan-kawan lain langsung tiada. Sudahlah kekeringan wang akibat terlebih bajet di bulan sebelumnya, saya juga perlu menyimpan sedikit wang untuk barang yang dah lama diimpikan sempena kedatangan lebaran ini. Tambahan pula saya seorang yang tidak suka menaiki komuter yang penuh sesak dengan segala macam bau dan ragam (terutama laluan Midvalley – Serdang). Maka ini menyukarkan saya untuk pergi shopping terutama bersama kaum-kaum hawa ke area Masjid India dan Jalan TAR yang seperti biasa ‘sesak bagai’ apabila menjelang musim perayaan. Pernah sekali dulu temankan kawan gegirl shopping dekat berjam-jam cari selendang. 'Time-time' raya baru la nak pakai tudung. Kalau tak jangan harap..






Jalan Masjid India yang sudah lama tidak kukunjungi untuk membeli belah persiapan raya. Biasanya seronok juga temankan kawan-kawan gegirl shopping kt sini. Terasa la juga suasana menjelang hari raya.






Suasana di dalam Jalan Masjid India yang telah mengalami proses penambahbaikan. Walau bagaimanapun, dulu projek ini pernah medapat bantahan qariah Masjid India dan pihak-pihak tertentu kerana menghalang Masjid India yang penuh bersejarah itu daripada pandangan umum dari jarak jauh. Kemudian seingat saya bumbungnya direndahkan sedikit untuk memperlihatkan kembali masjid tersebut.







Inilah dia Jalan TAR yang tersohor segenap penjuru Malaysia apabila menjelang Syawal. Memang sesak bagai. Kalau tak hilang kawan memang tak sah, sebab tu la agaknya gegirl tu pegang tangan kawan masing-masing takut dorang hilang. Walau bagaimanapun, kalau dilihat dengan teliti gegirl tu beli barang Mydin je.




Berikut merupakan antara promosi-promosi yang ada sempena Syawal yang bakal menjelma. Anda semua boleh pilih nak ‘shopping’ kat mana dari yang berbajet rendah macam Sogo ke tempat yang ‘high class’ seperti Pavillion. Emm, kalau nak lagi bajet pegi la downtown dan kalau nak lagi mahal boleh cari kat butik-butik Starhill k. Wah!

1)Sogo KL (7 Sept - 5 Okt)



2) Alamanda Putrajaya (1 Sept - 30 Sept)



3) Mivalley Megamall (15 Sept - 5 Okt)





P/S:Ada sesuatu yang tak kena dengan poster ni. Perasan tak yang model wanita diwarnakan. Manakala model lelaki sama warna dengan latar belakang kampung? It's really a brand 'new way' to cherish then. Women get the 'good' and men get the 'old days'. What an old way to discriminate.



4) Metrojaya (18 Sept - 5 Okt)


5) Sunway Pyramid (12 sept - 5 Okt)




6) One Utama (12 Sept - 5 Okt)




7) The Curve (5 Sept - 5 Okt)

8) Berjaya Times Square (9 Sept - 2 Okt)


9) Suria KLCC (5 Sept - 5 Okt)





Sebenarnya banyak lagi promosi sempena Aidilfitri ni. Tapi kita kena la sedar promosi-promosi raya ni tak la semeriah dan sehebat promosi masa Krismas bulan Disember nanti. Jadi pandai-pandai la ‘save’ duit korang untuk ber‘shopping’ sakan hujung tahun ni. I bet uols, it’s more better and cheaper. And all new stock will come out! Kalau terlepas lagi masa Krismas takpe sebab yang betul-betul ‘sale’ sebenarnya masa Tahun Baru Cina bulan Februari tahun depan dan meriahnya tak boleh nak cakap la. Siap penuh dengan dekorasi-dekorasi dari dalam ‘shopping mall’ sampai ke luar. (Err, sebab ape ek? Lu pikir la sendiri). Bye!

~Shop Till You Drop~
















0 comments:

Post a Comment