Tuesday, October 14, 2008

BBQ & RAYA DI RUMAH 18




Sempena memeriahkan syawal yang tiba, warga rumah18 tanpa segan silu telah mengadakan majlis bbQ (adik-beradik open house la....) pada malam hari sabtu 11 Oktober 2008 bertempat di dewan utama rumah18 (tempat selalu kitorang training futsal).

Persiapan majlis telah dimulakan awal pagi lagi.... lebih kurang pukul 10 pagi warga rumah18 pergi membeli belah di tesco, giant, bintang, bulan, matahari dan sebagainya. Lebih kurang pukul 2 tengahari ayam2 telah siap dibasuh dan diperam... and then........... tanpa segan silu lagi... seluruh warga rumah 18 pegi open house kat rumah depan(rumah cikgu Din,n0.15). Kira makan tengahari la...

Habis je menjamu selera kitorang dengan pantasnya mengemas rumah.... tup tup.... dalam pukul 6 petang siap la....

Apabila senja melabuhkan tirainya, kelibat tetamu tak kunjung tiba.... hati mula gundah gulana. Ada ke orang nak datang ni???? Tiba2 datang seorang kelasi kapal yang macho membawa sate2 nya...." sori la bang... kitorang tak nak beli sate".... Kelasi itu pun berkata "sate2 ni semua untuk korang.... hamba bagi percuma".... so ape lagi.... kitorang pun ambil je r la...
Kelasi itu pun ditabalkan menjadi tetamu pertama kitorang.... Tak lama lepas tu datang seorang "mamat" bertubuh sasa datang. dia mengaku kawan kepada si "polan". Lalu dia pun menjadi tetamu kedua...

Tanpa disangka-sangka, bagaikan ribut dan taufan tetamu pun datang berduyun-duyun. Tak cukup tangan melayan karenah tetamu... (tapi kalau layan aweks cukup je tangan ni).... Tetamu hadir dari segenap pelusuk tanahair... sahabat2, jiran2, aweks2, balak2, bos dan tak lupa juga kelasi kapal yang menaja sate tadi. Meriah rasenyer... AJK dapur terpaksa menambah menu yang kelihatan tidak mencukupi.

Lebih kurang pukul 11 malam tetamu mula berkurangan.... AJK Tertinggi pun bersiap2 untuk berkemas... Kelasi kapal tadi pula dengan rela hati menjalankan 'tugas2 di kapal'. Pukul 12 malam semuanya siap..... dah tu ape lagi..... tido la...... zzzzzz







Menu masakan Chef Mazlan (Mahzan + Nalza)



itu buat keje ke aper... mahzan tu nape ko kipas diri sendiri... takkan panas brader... ko tu parhat baru abis makan sate ker... pati tu takyah cakap la... asyik ngurat aweks je..



antara tetamu yang hadir (ada jugak yang menjadi igauan korang yek.... aku tak masuk campur... sampah)



'senyuman manis special untuk .........'



fokus je..... tengah tengok aper tu dik... arsenal kalahkan MU ke.... jangan la sedih sangat dik...



Member2 pati... nape? rase cam nak pukul pati ke.... kitorang ok jer....




Dari kiri: bang azmi, cikgu Din and papa



La......... nape minah ni lagi.... sape yang ambil gambar ni..... (Klau berani cakap depan2 la brader... takkan takut kot..)



Barisan Majlis Tertinggi Dewan Rakyat (mane tak nyer.... gaya duduk macam Datuk K),... kau 'cover' aper tu dil.....



Tengah pikir ape nak jadi plak.......




di sinilah kelasi kapal itu di "tangkap" semasa menjalankan tugasnya...



gambar mane plak ni........... sape letak ni...


Perhargaan Kepada:
Mahzan (Ketua chef)

Nalza ( Chef Assistant)
Sapiq (bbQ)

Mel(bbQ)

Asrul (Runner)

Padil (Runner)

Parhat ( AJK Keceriaan)

Pati ( AJK Kekemasan)
Alip (Kelasi kapal yang menaja sate dan tolong kemas)

Cikgu Din,rumah no15 (meminjamkan peralatan majlis)

dan........ sape2 je yang telah menjayakan majlis ini


Sekian, berita dari dewan rakyat............. assalamualaikum.

Wednesday, September 24, 2008

Jom Namakan MPV baru Proton!

PROTON Holdings Berhad have launched a nationwide contest to name its first multi-purpose vehicle (MPV) which will be introduced early next year. Describing it as the first home-grown MPV, PROTON is calling for all Malaysians to name the vehicle via an SMS and online contest starting 8 September and ending 30th of September.


Before you get started, here's what they can tell about the Proton MPV.

It is comfortable: It means more leg rooms, more space to carry your luggage and most of all it is a car for the entire family to travel in.


It is affordable: Malaysians love value-for-money and Proton MPV is giving Malaysians just that!



Jom, ada masa lagi sekarang ni untuk join. Sambil lepak-lepak takde kerja tu baik fikirkan nama yang best untuk MPV ni. Bagi la nama yang vogue d vass gitu baru la terpilih kot. Klik sini untuk ke laman web pertandingan.

Tuesday, September 23, 2008

Tanda - tanda Lailatul Qadar


Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang rtinya : Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam Lailatul Qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :



  • Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai Lailatul Qadar yang ertinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram) - Hadis riwayat Imam Muslim dalam kitab Puasa -

  • Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang ertinya : Sesungguhnya tanda-tanda Lailatul Qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga Subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat Imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

  • Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam Lailatul Qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya (suram).

  • Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya : Malam Lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
  • Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
  1. Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.

  2. Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Monday, September 22, 2008

Ramadhan Extra - Power of Googling

Nothing could be more surprise for me and Fadhil to see Fathi went to his workplace as early as 7.30am today. It was very unusual scene for me. But that’s what we called the spirit of Hari Raya. Go to the workplace early, finished up everything as much as you can, returned home, take a short nap, wake up, berbuka, watch football until late night (except me), sleep as much as you can, sahur, take a short nap and the list repeating until the end of Thursday.

As for 'malam Jumaat', I think everybody will sing joyfully the Raya songs, packing their bags with something that they already bought for their parents or families, clean up their bikes or cars, or maybe go find some additional kuih raya or gifts, for moms especially. Dads won’t care if we don’t give anything for them. ‘Just make sure you returned home safe’. My father reminded me last time.

Raya will come very soon. And most of us can’t hardly wait for Friday. I, myself doesn’t really know what on earth I’m doing right now in UKM. I’ve settled up everything last week. So busy until no one would dare to talk to me. Seriously. Maybe because when I’m quiet, everybody would think that I’m so 'garang'. Is it true? This happened to one of Fathi’s friends whom I didn’t know her name.

But to fulfill the requirement as a GRA, I’ve to at least show off my face or maybe ‘sengih’ to one of the lecturers there or most of all to my supervisor. No, I’m not that good. The real things is if I’ve a car, I will just make my way to my lovely hometown down south of Bangi on Saturday or even Friday last week. To wait for my sister for this coming Friday is the hardest thing for me. Just like what people said, penantian satu penyeksaan. And this really happened to me.

So to make my time in UKM ‘valuable’, I surf the internet, googling, blogging, IMing, and explore everything from Youtube and even Xtube and Redtube. Wow! My eyes are going to swollen by now. And to find these pictures on the internet my make day worth. Thanks to the power of googling.

White in the middle of blue as in Chelsea.

Fathi, this is candid, but you don't have to be too serious! Take it easy boy.


While Shafik and Fadhil are busy listening to tazkirah, Fathi make use of this time to pick his nose. Show some manners please.

P/S: These pictures are taken by Mr. Photographer during the Pot Luck last Saturday. It's Pot Luck not Port Luck as in the email sent to you.

Sunday, September 21, 2008

Jom Shopping Raya!

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal. Bulan kemenangan umat Islam selepas berjaya berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Sejauh mana kita ‘berjaya’ terpulang kepada diri masing-masing kerana ia hanya di antara kita dan Tuhan. Berat di lidah untuk mengatakan saya mengakui bahawa tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, tahun ini merupakan tahun yang paling kurang saya melaksanakan solat terawih (sebenarnya mcm lebih kurang tahun lepas je). Tambahan pula saya perlu menunaikan permintaan kawan-kawan saya yang menjemput saya berbuka puasa di restoran itu ini dan ada pula di rumah sewa masing-masing. Jadi ini menyebabkan masa saya untuk bersiap ke solat terawih terganggu dan saya mengambil keputusan untuk tidak pergi (salah org lain la ni).

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sebagai seorang pelajar yang banyak masa lapang dan sedikit sebanyak duit JPA dan FaMa, tahun ini masa untuk pergi ‘shopping’ bersama teman tapi mesra dan kawan-kawan lain langsung tiada. Sudahlah kekeringan wang akibat terlebih bajet di bulan sebelumnya, saya juga perlu menyimpan sedikit wang untuk barang yang dah lama diimpikan sempena kedatangan lebaran ini. Tambahan pula saya seorang yang tidak suka menaiki komuter yang penuh sesak dengan segala macam bau dan ragam (terutama laluan Midvalley – Serdang). Maka ini menyukarkan saya untuk pergi shopping terutama bersama kaum-kaum hawa ke area Masjid India dan Jalan TAR yang seperti biasa ‘sesak bagai’ apabila menjelang musim perayaan. Pernah sekali dulu temankan kawan gegirl shopping dekat berjam-jam cari selendang. 'Time-time' raya baru la nak pakai tudung. Kalau tak jangan harap..






Jalan Masjid India yang sudah lama tidak kukunjungi untuk membeli belah persiapan raya. Biasanya seronok juga temankan kawan-kawan gegirl shopping kt sini. Terasa la juga suasana menjelang hari raya.






Suasana di dalam Jalan Masjid India yang telah mengalami proses penambahbaikan. Walau bagaimanapun, dulu projek ini pernah medapat bantahan qariah Masjid India dan pihak-pihak tertentu kerana menghalang Masjid India yang penuh bersejarah itu daripada pandangan umum dari jarak jauh. Kemudian seingat saya bumbungnya direndahkan sedikit untuk memperlihatkan kembali masjid tersebut.







Inilah dia Jalan TAR yang tersohor segenap penjuru Malaysia apabila menjelang Syawal. Memang sesak bagai. Kalau tak hilang kawan memang tak sah, sebab tu la agaknya gegirl tu pegang tangan kawan masing-masing takut dorang hilang. Walau bagaimanapun, kalau dilihat dengan teliti gegirl tu beli barang Mydin je.




Berikut merupakan antara promosi-promosi yang ada sempena Syawal yang bakal menjelma. Anda semua boleh pilih nak ‘shopping’ kat mana dari yang berbajet rendah macam Sogo ke tempat yang ‘high class’ seperti Pavillion. Emm, kalau nak lagi bajet pegi la downtown dan kalau nak lagi mahal boleh cari kat butik-butik Starhill k. Wah!

1)Sogo KL (7 Sept - 5 Okt)



2) Alamanda Putrajaya (1 Sept - 30 Sept)



3) Mivalley Megamall (15 Sept - 5 Okt)





P/S:Ada sesuatu yang tak kena dengan poster ni. Perasan tak yang model wanita diwarnakan. Manakala model lelaki sama warna dengan latar belakang kampung? It's really a brand 'new way' to cherish then. Women get the 'good' and men get the 'old days'. What an old way to discriminate.



4) Metrojaya (18 Sept - 5 Okt)


5) Sunway Pyramid (12 sept - 5 Okt)




6) One Utama (12 Sept - 5 Okt)




7) The Curve (5 Sept - 5 Okt)

8) Berjaya Times Square (9 Sept - 2 Okt)


9) Suria KLCC (5 Sept - 5 Okt)





Sebenarnya banyak lagi promosi sempena Aidilfitri ni. Tapi kita kena la sedar promosi-promosi raya ni tak la semeriah dan sehebat promosi masa Krismas bulan Disember nanti. Jadi pandai-pandai la ‘save’ duit korang untuk ber‘shopping’ sakan hujung tahun ni. I bet uols, it’s more better and cheaper. And all new stock will come out! Kalau terlepas lagi masa Krismas takpe sebab yang betul-betul ‘sale’ sebenarnya masa Tahun Baru Cina bulan Februari tahun depan dan meriahnya tak boleh nak cakap la. Siap penuh dengan dekorasi-dekorasi dari dalam ‘shopping mall’ sampai ke luar. (Err, sebab ape ek? Lu pikir la sendiri). Bye!

~Shop Till You Drop~