Monday, August 17, 2009

http://rumahno5.blogspot.com/


Dengan ini secara rasminya laman blog ini telah ditamatkan perkhidmatannya dan digantikan dengan laman blog yang terkini iaitu http://rumahno5.blogspot.com/.

Semoga transformasi ini akan menjadi lebih baik dan bermakna.
Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,

.........................


Kenangan Di Rumah Jiran

hurmm salam ni kenagan yang sempat kami bersama dengan arwah jiran kami yang ade membuat jamuan makan seminggu sebelum arwah meninggal...al-fatihah kepada Prof Dr Mahadir jiran kami...semoga roh nya dicucuri rahmat.




Tuesday, July 7, 2009

♥♥..........Sudahkah Anda Bersedia............♥♥


Alhamdulillah sudah lebih sebulan seluruh warga rumah18 telah pun berpindah dan menetap dengan jayanya di rumah baru (rumah no 5). Di samping hidup dengan aman sentosa, seluruh warga rumah perlu diingatkan agar tiada kejadian buruk seperti kecurian, kemasukan pelawat yang berleluasa
dan tanpa sempadan serta apa jua perkara yang tidak diingini.


Artikel sampingan kali ini ditujukan khas buat seluruh kaum Adam yang ada hati nak berkahwin. Tidak lupa juga artikel ini merupakan pesanan khas buat Arsul, satu-satunya warga rumah yang akan berkahwin dalam masa terdekat ini...( dijangka 2010). Selepas Asrul, ramalan pakar astronomi (???) menyatakan giliran seterusnya ialah Gashi, Mel, Fathi, Syafiq, Amat, Mahzan dan Emi. Mereka ini juga perlu bersedia dari sekarang dan sewajarnya meneliti artikel ini...
.


Mereka yang di luar sana juga perlu tahu dan bersedia, terutamanya bakal-bakal isteri warga rumah no.5 . Difahamkan mereka ini berada di Johor, Selangor dan Kelantan.


So.. jadikanlah tips di bawah ini sebagai panduan masa depan... Good Luck.... (",)




Tip perkara perlu dilakukan pada peringkat pra perkahwinan

Anggaran tempoh 12 bulan hingga enam bulan sebelum majlis perkahwinan

# Keluarga pihak lelaki bertandang ke rumah pihak perempuan untuk menyatakan hasrat dan meminang.

# Tetapkan tarikh majlis pernikahan di masjid kariah pihak perempuan.

# Ikuti kursus perkahwinan dan dapatkan sijil.

# Mendaftar di pejabat kadi.

# Teliti bajet perbelanjaan dan nilai keseluruhan kos.

# Kurangkan belanja harian, usah boros dan mula menabung.

# Kurangkan aktiviti sosial.

Anggaran tempoh lima bulan sebelum majlis perkahwinan.

# Pastikan carta kewangan dan aliran keluar serta masuk wang pada landasan betul.

# Mula menempah jurugambar, juru audio, meneliti pusat andaman terbaik dan memilih lokasi persandingan.

# Jangan lupa mulakan program kesihatan dan diet seimbang.

# Mula membeli barangan hantaran satu persatu.

Anggaran tempoh empat bulan sebelum majlis perkahwinan.

# Sudah menempah mak andam.

# Sudah bersedia menempah kad undangan.

# Sudah memilih lokasi persandingan.

# Merancang belanja berhemah mengikut sumber kewangan yang ada.

# Menyenaraikan tetamu undangan.

# Menyemak senarai harga katering.

Anggaran tempoh tiga bulan sebelum majlis perkahwinan.

# Semak kad undangan perkahwinan dan pastikan tiada maklumat salah.

# Sudah memilih konsep untuk pelamin, gubahan hantaran perkahwinan.

# Memilih cincin dan persalinan persandingan.

# Menempah pakaian untuk acara akad nikah dan persandingan termasuk persalinan pengapit dan ahli keluarga.

# Menempah kumpulan kompang, audio visual dan katering.

Anggaran dua bulan sebelum majlis perkahwinan.

# Semak dengan semua pihak yang akan terbabit dengan majlis perkahwinan.

# Susun semula kedudukan kewangan pada saat akhir.

# Lakukan diet atau senaman untuk tampil sihat dan segak pada hari bersejarah.

# Ambil kad jemputan perkahwinan yang sudah ditempah.

# Semak destinasi bulan madu pilihan.

Sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis perkahwinan.

# Hantar kad undangan perkahwinan kepada tetamu jemputan, lebih awal lebih baik.

# Lakukan urutan dan spa untuk menaikkan seri pengantin.

# Buat persiapan terakhir untuk semua kelengkapan.

# Semak urusan dengan jabatan agama, jurunikah, saksi dan pihak yang terbabit dengan majlis akad nikah. Ini penting!

Menjelang detik majlis perkahwinan.

# Pastikan semua perkara yang dirancang lancar.

# Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara.

# Pastikan kad undangan sudah dihantar kepada tetamu.

# Kumpulkan hantaran dan buat periksa tempahan pakaian - jangan nanti mak andam tersalah tarikh atau memilih parsalinan berbeza.



♥♥.........sekadar renungan....................♥♥


Wednesday, May 27, 2009

RUMAH 18 DIBUBARKAN…..





Tajuk cam politik plak… Sedih pun ada. Gembira pun ada…. Penat pun ada… Tapi realitinya seluruh warga rumah 18 tetap kena pindah rumah sebelum 31/05/2009.......... So sekarang ni timbul beberapa persoalan????



Persoalan : Nak sewa lori tak....
Jawapannya : tengok la nanti... kalau larat korang angkat la satu persatu.... Kita kan ada Asrul dan Amat yg gagah perkasa. Selalu pegi gym. Takkan angkat peti ais ke rumah baru pun tak larat kot..... heh.


Persoalan : Nak buat rombakan bilangan ahli kabinet atau kekal???
Jawapannya : Kekal. Cuma kesian kat pati. Dia dah janji dengan tuan rumah sewa@Prof dia bahawasanya rumah sewa baru ni hanya untuk 5 orang. So menjawap la nanti kalau apa2 hal... sape yg kena. Pati jugak... xper. Nanti adeq asrul(emi) bisa menolongnya....


Persoalan : Kedudukan bilik plak camner... ?
Jawapannya : Kekal je... sebab semua ok je... xder nak komplen ker... xpun wat demontrasi ker... Anyway kalau ada apa2 problem silalah bersuara...


Persoalan : Duit sewa rumah? Pembahagian secara adil dan bijaksana?
Jawapannya : Korang fikirlah yg sewajarnya. Maybe Pati dan Emi akan dikurangkan sikit sewanya kalau takder bilik yg sah untuk diorang ni... Ok la tu.. (p/s: untuk penulis blog ni kira sewa free jer la yer.....)


Persoalan : Along mintak duit sewa????
Jawapannya : Amat selalu je bercuti kat kampung... Apa kata yg mintak duit sewa nie kita suruh salah seorang daripada peminat fanatik ManU. Kalau betul minat ManU la..... (p/s: selamat aku.... )


Persoalan : Nama Laman Web ni perlu diubah tak????? Sebab rumah baru nanti dah nombor lain (p/s : kalau tak silap no. 5 kot...).... huhu
Jawapannya : Bergantung pada undian pilihanraya di sebelah...


Persoalan : Ni persoalan paling panas.......... ada aweks tak dekat2 rumah baru tu...
Jawapannya : Kita tengok la nanti... kalau ada tapi kelu lidah pun wat per.... pesanan ini khas untuk semua warga 18 yg kelu tapi mahu..... (p/s : kecuali penulis blog ni sebab dia memang tak mahu pun... heh)


Rumah Baru..... Suasana Baru.... Jiran Baru... dan .....
Dan yang paling penting..........
Hidup kita lepas ni JANGAN HARU BIRU.......... ada paham!!!!!!!


Wednesday, April 15, 2009

Lelaki Sejati..........

Adeq bertanya pada Ibunya, bagaimanakah lelaki sejati itu?

Ibu Adeq menjawab, adeq...

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan

kebenaran.....

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia

di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab

yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca.......




hmmm...............




*Di atas, terdapat 9 ciri-ciri lelaki sejati. Dan jangan lupa..... Terdapat 9 lelaki di Rumah 18??????


Adakah Lelaki Sejati itu ialah Pati, Asrul, Mel, Syafiq, Amat, Gashi, Mahzan, Hilmi...

atau mungkin ......???? Bagaimana pula dengan Kapten dan Cikgu???


Jika anda sukakan mereka taip AFUNDI<>Nama dan hantar ke no h/p sendiri... Selain itu anda juga boleh mengundi di bahagian sebelah blog ini.


Nantikan keputusannya pada malam Anugerah Industri Muzik ke-61 nanti... (",)




....no woman no cry....