Tuesday, December 23, 2008
Untuk Mereka Yang Berani Sahaja (Ahli Rumah18 diwajibkan tanpa banyak bicara)
Caranya mudah :
1) Copy survey dibawah ni.....
2) Click pada Comments nun di bawah post ni...
3) Lepas tu paste jer la pada comment tu
4) Submit la... apa lagi..
**ape2 hal pun sila refer/click pada comment ok.....
jangan lupa letak nama (kalau x berani tak payahlah join)
Yang Tu ke Yang ni.......
1) Rumah atau Tempat Kerja ::
2) Single atau Double ::
3) Mamak atau Kedai Melayu ::
4) Alamanda atau The Mines ::
5) Nasi Lemak Bawang atau Brader ::
6) Tengok Bola atau Berita ::
7) Boling atau Karaoke ::
8) Wayang atau Main Game ::
9) Dating atau Tido ::
10) Memasak atau Makan Luar ::
11) Karier atau Cinta ::
12) Awek atau Member ::
13) Mawi atau Nabil ::
14) Cantik atau Comel ::
15) Hensem atau Bergaya ::
16) Keje atau Belajar ::
17) Sampah atau Sarap ::
18) Nak Kena Sepak atau Terajang ::
19) Nak Sambung Buat Kerja atau Rileks ::
20) dah tu...... tak tau2 nak g buat keje..... insaflah wahai sahabatku......:
Wednesday, December 3, 2008
Hayatilah Sepenuh Hati.....
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah
p/s : SeMoGa KiTa SaMa2 MeMpErBaIkI DiRi MeNjAdI YaNg LeBiH BaIk .....
barulah hidup ni tenang dan ceria =)
Monday, December 1, 2008
SportCenter No 18 Launch
selain sukan-sukan ini kami juga terlibat dalam sukan bowling yang selalunya dianjurkan oleh en Alip (ex-nrumah no 18) dan juga en Fathi. sukan permotoran juga tidak dilupakan dimana En Azlan masih memegang takhta mat rempit rumah no 18 manakala en Asrul dan juga en Fadhil masing2 bersaing untuk gelaran kereta paling power. ini adalah antara aktiviti sukan yang melanda rumah no 18. selain dari sukan-sukan ini warga rumah no 18 juga giat untuk berlatih bagi mencari combo hit untuk dragon ball. sukan apakah yang menjadi kegilaan sekarang ini masih lagi diperingkat awal. oleh yang demikian sebagai inisiatif kepada perkembangan dan juga berita berkenan sukan yang diceburi, maka sportcenter no 18 telah dilancarkan agar semua peminat-peminat rumah no 18 mengetahui aktiviti2 kami akan datang.
teruskan bersama sportcenter no 18 teman sukan rumah anda.
Tuesday, November 25, 2008
Meratap Pemergianmu
Berita Terkini:
Bandar Baru Bangi, Isnin, 24 November 2008 : Walaupun pedih, itulah hakikatnya. Begitulah yang terpaksa dilalui oleh seluruh warga rumah 18.
Hari Isnin, 24 November 2008 membuka tirai pagi dengan kejadian yang tidak diingini. Rumah18 dimasuki pencuri kira-kira pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika kejadian semua warga rumah18 telah pergi menjalankan tugas masing2 kecuali En. Fathi yang mana pada kebiasaannya agak lewat ke tempat kerja. Dr. Mahzan dikatakan telah keluar rumah sekitar pukul 10 pagi dan pada masa itu, En. Fathi masih lagi dibuai mimpi ngeri.
Mana tidaknya, sebaik saja sedar dari lamunan En. Fathi merasakan sesuatu yg aneh. Setelah diteliti, barulah En. Fathi sedar dan akur bahawasanya rumah18 telah dilawati oleh pencuri. Setelah menghubungi serta memaklumkan rakan2, maka dengan semangat waja, En. Fathi menaiki proton waja bersama2 Tn. Fadhil untuk membuat laporan polis.
Beginilah rupa penyamun2 itu :
Di antara barang2 yg hilang ialah : PS2. laptop, kamera digital, hphone and duit tunai. Kerugian dianggarkan sekitar 2 atau 3 posen je (murah je kan).....
Maka dengan itu, seluruh warga malaysia khususnya warga Rumah18 diajak supaya berkabung sambil menikmati lagu Samson - Kenangan Terindah.
-Sampah punyer pencurik........ nak curik pegi la tong sampah... menyampah aku camni -
but.......
Saturday, November 8, 2008
Ayat-ayat Cinta
Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata. Kita sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.
Apabila kita sudah memiliki sebuah cinta kita mungkin terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan disirami dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti penawar yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.
Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.
Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.
Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian…
KiTa HaNYa MeRaNCaNG......
TaPi TuHaN YaNG MeNeNTuKaN......